Sunday, October 31, 2010

Teknologi Hijau 2010

My invention on green technology micro-architecture street
retail station in action 2010

Apa sebenarnya teknologi hijau? Adakah Hijau adalah sejenis kod warna yang disukai ramai atau hanya kepada segolongan mata?

Tahun 2010 merupakan tahun yanag di war-warkan oleh pihak kerajaan Malaysia sebagai negara berteknologi hijau. Sebab itu sebuah pameran antarabangsa IGEM 2010 (International Greentech & Eco Product Conference + Exhibition 2010) yang dilangsungkan buat pertama kaliniya di Malaysia di KLCC convention center begitu mendapat sambutan di luar dugaan oleh pihak kementerian, luar dan dalam, para usahawantekno, venture-capitalis & awam. Mungkin kerana perasaan curiosity dengan apa yang dimaksudkan dengan teknologi hijau dan produknya telah meyakinkan golongan tersebut mengunjunginya.

Ironiknya ketika saya berada di sana jarang sekali ketemu golongan dari pihak PBT seperti DBKL, MPPJ, MPSJ, MBS atau seangkatan dengannya. Apa yang pasti permulaan teknologi hijau ini seakan memberi nafas baru kepada pengusaha-pengusaha baru dalam bidang teknologi seumpamanya ataupun akan menjadi pengahalang 'periuk nasi' oleh-sesetengah pihak berkuasa....

Hijau dalam ertikata semasa ini perlu diidefinasikan sebaiknya bukan hanya mengikut kepada sesetengah pihak yang mementingkan kocek sendiri. Ini akan saya jelaskan dalam artikel akan datang.

Sehingga ketemulagi penghuraian tenologi hijau khususnya dalam arena senibina mikro @ senibina-kudip@ microatchitecture..

0 comments:

Post a Comment